Saturday 5 May 2012

bab 2

“ ishhhh, apa lah nasib aku hari ni. Dah ler bertembung dgn mamat sewel, tender plak melepas, tau-tau mamat tu yang dapat” keluh ayu dalam perjalanan pulang ke pejabat nya setelah 2 jam berada d menara holdings. Dia memandu pulang kerumahnya. Sampai sahaja di rumah, ayu terus kedapur mencari peti ais untuk meneguk sedikit minuman sejuk kerana tekaknya terlalu kering. “ mungkin sebab bertekak dengan mamat jin tadi kut” Datin Zakiah menghampiri anak gadisnya sambil menggeleng kepala. Bila lah anak manja nya ini akan berubah menjadi gadis yang matang. Itulah yang di risaukan olehnya dan suami kerana ayu anak tunggal yang tak pernah dibantah keinginan nya. Cuma satu sikap ayu yang amat di puji oleh mamanya ialah, ayu adalah seorang anak yang mendengar kata dan tak pernah membantah arahan ibu bapanya. Teringat semasa ayu berdegil untuk ke sekolah berasrama penuh, setelah di pujuk oleh datin zakiah, ayu megalah. Itu lah satu satunya sikap ayu yang menambat hati tua datin zakiah. Tetapi kalau bab merajuk ayu lah no 1 dan bukan senang nak pujuk ayu. “eh mama, terkejut ayu tau. Dah lama ker mama berdiri kat sini” “ lama dah, saja mama nk tengaok ayu, sbb nanti bila ayu dah kahwin, mama dah tak masa nak belek ayu dah. Masa tu suami ayu pulak yang kena belek ayu” datin zakiah bersuara. “eh mama nie, kesitu pulak. Sapa kata ayu nak kahwin? Ayu tak bagi keputusan lagi lah mama.” “ayu, ayu kenal kan papa ayu macam mana. Kata-kata papa, mana boleh kita sangkal. Ayu terima ye sayang. Lagipun mama dan papa dah lama betul kenal dengan tan sri zaidi dan puan sri aznah tu. Memang masa ayu kecik kecik dulu mama dan papa berniat nak jodohkan ayu dan armand. Tapi armand di bawa oleh ibu kandung dia balik ke Iran, menetap di sana. Setelah ibu kandung armand meninggal 10 tahun lalu, barulah tan sri zaidi mengambil alih menjga Armand. Percaya lah Ayu, mama dan papa ingin kan yang terbaik buat Ayu.” Panjang lebar sungguh penerangan datin zakiah. Hati kecil ayu terusik. Kesian melihat mama dan papanya yang penuh berharap, juga kasihan pada diri sendiri yang terpaksa berkahwin dengan insan yang tidak dikenali. Sedikit demi sedikit, ayu cuba menelan segalanya, walaupun pahit. Ayu mengangguk perlahan lau berkata, “ mama, ayu ikut mana yang mama dan papa rasa terbaik untuk ayu. Andai ayu tak bahagia bersama insan yang mama dan papa pilih, sekurangnya ayu masih ada mama dan papa untuk mengadu” esaknya sambil memeluk datin Zakiah. Menagis sebentar di bahu mamanya melegakan sedikit kegusaran di hati ayu merlisa. Adam armand. Sebaris nama yang tidak pernah dikenali. Bakal menjadi isteri kepada insan itu. Bagamaimanakah rupa adam armand itu. Adakah sehandsome brad pitt? Segagah hulk cogan? “ alamak, kalau muka maca hulk cogan tu, macam mana? “ pelbagai persoalan berlegar di ruangan fikiran nya. “yaAllah engkau bantu lah aku. Hanya padamu ku beserah kerana hanya engkau yang mengetahui segalanya”.

0 comments:

Post a Comment