Monday 7 May 2012

bab 7 ( combination Nurul Zahinida n kak limah )

“ asyraf, aku .. aku.. ermmm.. lagi sebulan aku akan kahwin dengan ayu. Tadi aku call dia kt office. Aku saja gertak dia, tak sangka pulak dia melawan. Aku jadi geram, aku bgtau papa aku, aku nak kahwin dalam masa sebulan. Aduhhhh,. Parah dah aku nie” “ hahahhahaha,.. rilek lah bro. kahwin jer lahhhh. Free, apa susah nyer. Ayu tu sure cantik, sesuai dengan nama dia ayu” “hello, aku nie tengok pun belum tau muka minah tu. Dibuatnyer muka minah tu senget ker, juling ke .. tak ke naya aku. Aku tak pernanh tengok muka dia, tak pernah kenal dia, tak pernah tahu hati budi dia. Macam mana aku nak kahwin.” Perbualan mereka terhenti tatkala pelayan restoran itu, menghantar makanan. Nasi putih bersama ikan bawal goreng dan sayur kalian ikan masin menjadi pilihan armand tengah hari itu. Perutnya yang hanya di isi sekeping roti bakar di rumah mamanya pagi tadi berbunyi minta di isi. Ini disebabkan arahan papanya untuk menelefon dan berkenalan dengan ayu. Bengang dan marah terpaksa disorokkan kerana takut hati tua papanya terusik dengan tindakkan nya. Hanya papa dan mama tempat dia menumpang kasih kerana umi telah lama meninggalkan dia. Teringat kata-kata papa pagi tadi. “armand, papa pilih yang terbaik untuk armad. Ayu adalah seorang gadis yang bijak , berpendidikan tinggi, dan menghormati orang tua.” Itu kata-kata papa pagi tadi. kenapa dia rasa ada kekurangan di situ. Ingn saja rasa dihati untuk bertanya “cantik ke ayu tu papa” tetapi pertanyaan hanya di dalam hati kerana takut digelakkan oleh papanya. Hairan rasa dihati kerana papa tidak menyebut akan kecantikkan ayu. Dibuatnya si ayu tu bermulut senget,.. mampus aku..!!!! “hello bro, tak kan berangan naik pelamin dah kut” lamunan terhenti bila mendengar suara ashraf separuh menjerit. “ish kau nie, agak – agaklah. Belum apa-apa dah nk berangan. Tak da maknanyer bro. aku Cuma risau dibuat nya si ayu tu tak cantik macam mana bro? “ “armand, kalau cantik pun, tapi x setia buat apa. Kau dah ada pengalaman ditinggalkan Adeline masa kau di Uk dulu kan. Kau ditinggalkan sebab lelaki mat salih. Adeline tu semua pakej ada. Cantik, tinggi, body memang cun. Tapi, lastly kau yang merana bro. biar tak cantik, biar x lawa, asalkan milik kau yang kekal”.. ujar asyraf mengingati, Teringat kenangan bersama Adeline semasa mereka bersama menuntut di luar Negara. Adeline , gadis lincah yg menambat hati armand. Gadis kacukan belanda dan melayu singapura itu betul2 membuatkan hati armand terasa senang mendampinginya. Usia perkenalan hamper mencecah 3 tahun terpaksa terkubur begitu sahaja atas alasan armand terlalu kaku dlam bercinta menyebabkan Adeline memilih jejaka mat saleh sbg pilihan hati. Dikatakan jejaka itu teramat romantic sehingga boleh menyebabkan Adeline terpikat padanya.Nur Adeline Van bt Taufik iskandar. Nama yang masih tersemat di dalam hati armand. Terlalu sukar untuk melenyapkan nama itu sehinggakan Armand pernah sekali tersungkur di dalam peperiksaan nya. Dia terpaksa menangguhkan kepulangannya ke tanah air untuk mengambil sekali lagi peperiksaan yang terkandas. Alahmdulillah, berkat usahanya dan pertolongan kawan-kawan, Armand Berjaya. Mampukah Ayu memiliki hati Armand? Armand bahagia? Mampukah dia mencintai gadis itu? Ayu mengacau perlahan mint tea yang baru dipesan dari waiter starbucks sebentar tadi. Telinganya terngiang ngiang setiap perkataan yang terkeluar dari mulut armand. Dia mengeluh perlahan. Macam mane la lepas berkahwin nanti, takkan la nak bergaduh hari hari. Boleh sakit mental kalau macam ni. Mulut dah la macam longkang. Sesak nafas aku weyyyy!!!! “hahh!!!”, sergah syakira “oii mulut kau macam longkang!!!”, terkejut ayu apabila disergah oleh sahabat baikknya syakira. “ko ni kan aku curah air kat kepala ko nanti kau tau. Bagi la salam ke hape ke. lemah jantung aku ni tau. Nak suruh aku mati cepat ke?”, marah ayu sambil mengurut dada. Kelihatan ade pengunjung di situ tertoleh toleh ke arah mereka kerana jeritan ayu yang mengalahkan bini tarzan tu sangat didengari oleh mereka. “kau tengok! Semua orang pandang aku, malu la!”, marah ayu. Syakira ketawa terkekek kekek melihat perubahan muka ayu. Sekejap putih sekejap merah dah macam sesumpah je kawan aku ni. “cik kak.. aku dah bagi salam 3 kali tau tapi kau tu berangan dah sampai planet mane?” Ayu masih lagi dengan wajah kelatnya. “Kira, aku…aku…”, “ko ni kenape, aku aku…meh aku tepok sket dahi kau ni bagi elok sket” “tudung mahal ni…. Suke suke hati je nak tepuk” “ok2, sorry…kenapa dengan kau ni… kau call aku tadi cakap ade benda nak cerita.. ade masalah dunia yang ko nak beritahu.. so???” “papa aku suruh kahwin”, Syakira mengangkat kening sambil tersenyum mendengar ayat yang dituturkan oleh ayu. “lah… kahwin je pon… Untung la papa ko suruh kahwin. Aku ni berjanggut dok tunggu Borhan tu pinang aku” “masalahnya aku tak suka, tak kenal dengan mamat psyco tu. Ade ke dia call aku pagi tadi panggil aku minah tangkat muat. Lepas cakap macam aku ni kemarauk sangat nak kahwin dengan dia… bapak perasan mamat tu….owhh please la” “jap..tadi kau cakap kau tak kenal mamat tu so macam mane lak boleh nak terkahwin?” “mamat psyco tu anak pada uncle zaidi la… best friend papa aku” “owh.. so ni macam kene kahwin paksa la…OMG… so sweet” “so sweet ko cakap… kau ni biul ke hape??? Kau nak sangat kahwin kan… dengan rela hati ko beli gantikan aku” “wooo….sabar la ayu…abis tu my beloved Borhan aku nak campak kat mana???” “tau pun kau kan…bila kena kat aku banyak la ko punye sweet ye” “kahwin free babe… sape pon nak….dan tentu tentu nanti papa ko sponsor… lagi mau pening kepala. Papa kau mesti pilih yang terbaekkk dari lading untuk dibuat menantu… takkan dia nak pilih sebarangan orang nanti jadi hantu pulak, dan juga pilihan makbapak ni berkat tau, bahagia sampai mati, fikir fikirkan la dan selamat beramal”, ujar syakira sambil tersenyum mempamerkan giginya yang tersusun cantik. Ayu mengeluh lagi. Dia ni buat iklan colgate depan aku lak. Ayu tersenyum. “dah la…penat la nak fikir. Jom teman aku buat therapy…” “bukan last week ko dah buat ke?” “aku tengah kusut ni….ko jangan la bebel macam makcik2 lak” “hurmmmm…. Kaya la taukeh butik LV kat klcc ni klu ade loyal custermer macam kau kan…” “tau takpe”. Ayu dan Syakira menghabiskan minuman masing2 sambil ketawa. Ayu mengenali Syakira dari zaman sekolah lagi hingga melanjutkan pelajaran di university yang sama. Mereka macam belangkas. Ke mana mana pon berdua. Tapi akibat kekangan masa dan selalu sibuk dengan kerja di pejabat mengakibatkan waktu lepak mereka agak terbatas. iba tiba, “cik…cik”, seorang waiter dari starbucks memanggil mereka dari arah belakang ketika mereka hendak pegi dari situ. “panggil saya ke?” Tanya ayu. Syakira kelihatan hanya terpinga pinga. “sorry cik, tadi ade seorang lelaki suruh bagi kertas ni kat cik”, ayu memandang ke arah starbucks itu. “lelaki mana?”, Waiter itu turut berpaling ke belakang. La mana pulak mamat tadi kejap ade kejap xde. Dah macam chipsmore. “alamak cik.. tadi dia ade dekat kaunter tu” “dik… hensem ke?”, soal syakira sambil tersengih sengih. Dah macam kerang busuk pun ye gak. “hensem gile kak… tak tipu punye…ok la kak supervisor saya dah panggil tu” Dengan perlahan ayu membuka kertas itu… Makan pisang sambil berdiri, Sambil makan terkenang masa lalu, Sungguh berharap tuan puteri sudi , Bolehkah ku tahu nama kamu. From, Mangsa yang kene hempap dengan awak kat depan toilet. Hehehe… Adam 019 4484488 (kol tau…jgn buang..sian la kt saya ni) Syakira pelik melihat wajah ayu yang merah merah seperti menahan malu sewaktu membaca kertas itu. Lantas dia pon mengambil kertas dari ayu. Ayu tersentak. Selepas membaca pantun ala2 budak tadika punye standard , Syakira meledakkan tawanya dengan kuat.

0 comments:

Post a Comment