Sunday 7 August 2011

syurga diwajahmu

JULAI INI
TERBAHARU DARI KN!



SINOPSIS:

Hairi telah diarahkan untuk membuat penyelidikan tentang hal ehwal kesihatan penduduk di sekitar kampung dan telah ditempatkan di kampung yang sama didiami oleh gadis pemalu bernama Idayu. Bibit cinta mula hinggap di hati Hairi sewaktu dia bersiar-siar di kawasan belukar yang cantik lagi nyaman yang juga sebenarnya merupakan tempat rahsia Idayu untuk menghiburkan hatinya. Pertemuan pertama Idayu dan Hairi, melebatkan lagi rasa cinta di hati Hairi terhadap gadis pingitan ini. Walaupun dirinya sukar didekati, Idayu turut sama merasakan apa yang Hairi rasakan. Setelah beberapa lama Hairi cuba mengambil hati Idayu, ibu dan juga bapa Idayu sendiri... Hairi memberanikan diri untuk memberitahu hajat di hatinya itu. Mereka akhirnya bertunang dalam tempoh perkenalan yang singkat. Namun rahsia yang terbongkar tentang diri Idayu menyebabkan Idayu berasa sangat tertekan dan menyebabkan dia rasa sangat terhina. Idayu kemudian memutuskan pertunangannya dengan Hairi tanpa memberi sedikitpun penjelasan yang meyakinkan pemuda itu.
Setelah tamat pengajian Idayu berkerja sebagai jururawat peribadi kepada Engku Maryam yang sangat cerewet dan garang. Idayu memilih bekerja sebagai jururawat peribadi di rumah agam itu hanya kerana ingin terus meminggirkan diri dari dunia luar dan segala kisah hitam yang menyedihkan itu akan terus terkubur.

Namun pertemuannya dengan Engku Lokman, cucunda kepada Engku Maryam telah membawa kisah kasih yang ingin sekali dihindari oleh Idayu selama ini. Engku Lokman seorang yang mempunyai gaya hidup bebas dan sangat liar. Dia yang sedari kecil membesar di negara Barat telah menyebabkan tidak mengamalkan cara hidup Islam dan langsung tidak tahu adat budaya Melayu. Kehadiran Idayu yang baginya hanyalah seorang gadis biasa yang berasa dari kampung, yang kolot pengetahuannya, yang tidak tahu bergaya dan sememangnya bukan citarasanya pada mulanya tidak diendahkan oleh Engku Lokman. Namun, kejadian di satu senja, telah menyebabkan Engku Lokman tidak mampu untuk menghindarkan gadis itu dari ingatannya. Terbawa-bawa dengan naluri lelakinya untuk memiliki tubuh mulus gadis itu, dia telah memperkosa Idayu semasa gadis mulus itu sedang nyenyak tidur. Segala perlakuannya itu dirasakan sesuatu yang biasa kerana dia begitu jahil tentang soal agama dan budaya.
Kejadian itu telah menyebabkan Idayu tidak betah lagi untuk terus tinggal di rumah agam itu walaupun Engku Maryam begitu menyayanginya. Tetapi apabila perlakuannya itu diketahui oleh ayahandanya Engku Badrul yang sangat menyesali diri kerana telah membiarkan anaknya terus hanyut dengan dunia bebasnya, dia dipaksa mengahwini Idayu. Selepas mereka diijab kabulkan, rumah tangga mereka diuji apabila Astri, kekasih gelap Si Engku Lokman kembali menuntut janji yang pernah dibuat oleh Engku Lokman. Perjanjian tiga bulan untuk menjadi suami kepada Idayu telah meletakkan Engku Lokman dalam keadaan serba salah.

Apakah yang akan terjadi seterusnya? Adakah Astri telah menyebabkan terlerainya ikatan suci yang juga sebenarnya mempunyai rasa kasih dan sayang yang terlalu dalam antara Idayu dan Engku Lokman tetapi dipendamkan? Mampukah Idayu mengubah suaminya dari dosa dan noda hitam? Sejauh manakah rasa cinta Engku Lokman terhadap isterinya itu mendalam? Bahagiakah mereka akhirnya? Dan Hairi, apakah kembalinya dia nanti, adalah hanya untuk menagih cintanya yang tidak kesampaian? Syurga Di Wajahmu ada kesudahannya.

Wednesday 8 June 2011

7 hari mencintaiku

Sinopsis novel 7 Hari Mencintaiku

"Kau ni memang dasar jantan tak sedar diri tau. Kau memang saja nak cari pasal dengan aku kan ? Hei Khuzairi kau dengar sini. Kau tu budak kampung yang tak sedar diri ! Tapi ada hati nak kahwin dengan anak orang kaya ! Sedar-sedarkanlah diri kau tu. Kau tak layak langsung nak berdamping dengan akulah. Kau nak aku bawa cermin ke suluh muka kau. Buat tak reti bahasalah pulak. Aku harap lepas ni kau akan ingat kata-kata aku ni sampai mati ! So ... apa kata kau berambus sekarang ! Kau pergi balik jaga kambing-kambing kau sebab kat situ baru betul tempat kau ! "

Khuzairi, dalam diam mencintai gadis bernama Mia Adriana. Cinta pandang pertama menjadikan dia seorang perindu yang setia. Namun sifat angkuh dan sombong gadis ini menyebabkan Khuzairi tidak pernah walau sebesar hama jua menyimpan impian untuk memilikinya.

Berbagai kata nista dan makian yang di lemparkan pada lelaki ini. Bungkam Khuzairi mendengarnya, namun demi satu amanah Khuzairi terpaksa menelannya, demi satu amanah Khuzairi hanya mampu bersabar.

Amanah? Amanah siapa yang di genggam oleh Khuzairi itu, sehingga dia sanggup mengheret dirinya ke kancah derita?

Mia Adriana bagaikan lupa, hidup ini ibarat putaran roda, satu waktu keangkuhan dan kesombongan itu akan memamah dirinya sendiri. Berdoalah, di kala keinsafan menjelma
nanti, cinta lelaki bernama Khuzairi ini belum terpadam lagi buat dirinya.

Friday 6 May 2011

kek marble kukus

1 cawan mentega/planta
1 cawan gula ( dimesin terlebih dahulu)
5 biji telur
1 cawan susu pekat
sedikit esen vanila
1 3/4 cawan tepung gandum
1/2 cawan serbuk koko

cara - cara:
putarkan mentega dan gula hingga hancur n kembang
masukkan telur satu persatu
masukkan susu pekat dan esen vanila
pukul hingga kembang
masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga habis.
apabila siap, bahagiakan kepada 2 bahagian.
1) warna asal
2) campurkan dgn serbuk koko, kacau hingga sebati

sediakan acuan, masukkan adunan kedlm acuan secara bertindih-tindih sehingga habis. kemudian kukus sehingga masak.....
SELAMAT MENCUBA..!!

Tuesday 3 May 2011

petua pengiraan jumlah air yg diperlukan utk diet berkesan

Tahukah anda cara yang paling mudah untuk mempercepatkan kadar pembakaran lemak di dalam badan anda?
Jawapannya bukan sekali dari mana-mana makanan tambahan, kaedah senaman terbaru ataupun program diet yang hebat....
Ia jauh lebih mudah dan murah tetapi sangat-sangat berkesan....
Jawapannya ialah...... Minum Banyak Air!!!
Anda mungkin pernah diberitahu untuk minum lebih banyak air setiap hari, tapi adakah anda sedar kebaikan air kepada usaha mencapai target fitness anda baik untuk membakar lemak, membina otot mahupun meningkatkan kadar kesihatan badan anda?
1) Air meningkatkan kekuatan dan performa anda ketika di gym.
Seperti yang anda tahu, dalam menjalani sesi latihan bebanan dan kardiovaskular, tenaga dan kekuatan anda perlu berada ditahap yang terbaik. Kajian menunjukkan sekiranya anda mengalami sedikit dehidrasi boleh mengurangkan kekuatan fizikal anda dengan ketara. Malah dengan hanya pengurangan 3-4% air didalam badan anda boleh menyebabkan 10-20% pengecutan otot-otot didalam badan.
2)Air membantu mengelakkan kecederaan.
Latihan bebanan dan kardiovaskular berintensiti tinggi boleh mewujudkan stress dibahagian sendi anda. Air boleh mengatasi masalah ini dengan memberikan kelinciran kepada sendi-sendi anda dan membina "cushion" perlindungan disekeliling sendi anda.
3) Air membantu penghadaman.
Makronutrient seperti protein, karbohidrat dan lemak memerlukan air untuk dipecahkan kepada komponen yang lebih kecil. Bagi memastikan badan anda benar-benar dapat menggunakan nutrient ini, anda perlu memastikan pengambilan air didalam badan sentiasa mencukupi. Namun perlu diingat pengambilan air yang banyak ketika waktu makan boleh menyebabkan perut kembung dan menjejaskan penghadaman. Minum air ketika perut anda tidak terlalu penuh.
4) Air meningkatkan pembakaran lemak.
Salah satu fungsi hati adalah untuk mengatur metabolisma lemak. Hati juga berperanan membantu ginjal anda dalam pembuangan bahan kumuhan didalam badan melalui urine. Apabila pengambilan air adalah sedikit, bahan kumuhan ini akan terkumpul didalam badan dan akan memaksa ginjal dan hati untuk bekerja lebih untuk membuang bahan kumuhan ini. Kekurangan air boleh menganggu hati anda untuk membakar lemak kerana hati perlu membantu ginjal untuk menbuang bahan kumuhan didalam badan. Hasilnya kadar pembakaran lemak anda akan berkurangan.
5) Peningkatan pengambilan air mengurangkan penyimpanan air berlebihan dalam badan.
Apabila pengambilan air adalah rendah, badan anda akan menyimpan lebih banyak air atas sebab 'survival'. Air yang disimpan biasanya akan disimpan diperut, peha, punggung, muka dan sebagainya lalu menyebabkan anda kelihatan lebih gemuk. Anda sebenarnya boleh kelihatan lebih ramping dalam beberapa hari sahaja hanya dengan meningkatkan pengambilan air kerana ia akan mengurangkan penyimpanan air berlebihan didalam badan.
Jadi berapa banyak airkah yang perlu diambil sehari?
Secara amnya, darab berat badan anda di dalam pound (Lb) dan gandakan dengan 1.6. Hasilnya ialah jumlah ounce(Oz) air yang perlu anda ambil sehari. (1kg = 2.2 lb, 1 Oz = 0.03 Liters)
Ia mungkin rasa terlalu banyak, namun apabila anda sudah biasa ia akan menjadi tabiat yang sihat. Beberapa hari pertama anda mungkin akan perlu ketandas dengan kerap kerana badan anda sedang membuang simpanan air berlebihan didalam badan. Selepas beberapa hari ia tidak lagi akan menjadi satu masalah.
Ingat jangan hanya minum apabila anda sudahpun berasa dahaga, kerana rasa dahaga adalah symptom dehidrasi yang sudahpun berlaku didalam badan!

diet mengikut kumpulan darah

Lumrah bagi seorang manusia, golongan wanita khususnya membimbangi setiap peralihan jarum penimbang berat badan.
Ditambahkan pula jika jarum penimbang berbeza dua atau tiga garis ke kanan, pasti hati tidak keruan dengan niat dipasang untuk berdiet.
Pelbagai ubat-ubatan menguruskan badan bagi mengembalikan bentuk badan ideal berlambakan di pasaran.
Rakan-rakan pula bertindak sebagai penasihat pemakanan persis pakar pemakanan dengan mengesyorkan jenama-jenama tertentu yang dikatakan dapat memberikan kesan yang diingini.
Tidak kurang juga pengalaman-pengalaman mereka yang berjaya mengurangkan berat badan melalui pengambilan ubat-ubatan tertentu.
Segala nasihat diikuti, tetapi malangnya jarum penimbang tidak juga beralih ke kiri.
Anda mula mempersoalkan keberkesanan dan kebenaran nasihat rakan-rakan anda.
Mengapa Si A berjaya mengurangkan berat badannya tetapi tidak anda walhal segala peraturan dan ketetapannya dipatuhi?
Mungkin apa yang kurang adalah anda tidak mengetahui makanan apakah yang bersesuaian dengan jenis darah anda.
Diet berdasarkan golongan darah pertama kali diperkenalkan oleh Dr. Peter J.D Adamo yang menjalankan penelitian pada setiap jenis darah yang menunjukkan kesan fisiologi berlaku terhadap lektin yang masuk dalam tubuh badan.
Lektin adalah protein yang terdapat pada makanan, khususnya tumbuhan kekacang.
Setiap protein makanan yang diserap tubuh, menurutnya hanya sesuai dengan jenis darah tertentu.
Dalam bukunya, "Eat Right For Your Type" yang diterbitkan pada tahun 1996 menerusi kajian yang dijalankan bertahun-tahun itu menjelaskan bahawa setiap individu memiliki tindakbalas yang berbeza terhadap makanan berdasarkan jenis darah yang dimiliki.
Menurutnya, diet yang tidak berjaya berkait rapat dengan perkaitan ini dengan menambah bahawa lektin makanan yang tidak serasi dengan jenis darah tertentu akan membawa komplikasi buruk terhadap kesihatan individu antaranya penggumpalan sel darah merah dan pelbagai komplikasi lain.
Ini berbeza dengan pengambilan makanan yang sesuai dengan jenis darah kerana ia memberikan kesan positif antaranya keadaan emosi yang lebih stabil, mudah mengatasi tekanan dan peningkatan daya tahan lawan penyakit.
Selain itu pengambilan makanan yang bersesuaian dengan jenis darah juga dipercayai dapat mengembalikan fungsi sistem tubuh dan memperbaiki metabolisma tubuh.
Darah terdiri daripada empat jenis iaitu A, B, AB, dan O.
Diet Untuk Golongan Darah 'A'
Dr. Peter J.D'Adamo dalam bukunya menyarankan pemilik jenis darah A mengambil diet vegetarian dengan pengambilan makanan yang mengandungi lektin yang sedikit.
Ini kerana jika kandungan lektin diambil dalam kuantiti yang banyak akan mengakibatkan masalah perut. Menurut beliau lagi, golongan individu yang memiliki jenis darah A menghasilkan kandungan lendir lebih banyak berbanding jenis darah lain.
Keadaan ini menimbulkan risiko terhadap jenis penyakit jenis alahan seperti asma, infeksi telinga dan gangguan pada saluran pernafasan. Selain itu sumber makanan berasaskan haiwan seperti ikan dan ayam boleh diambil tetapi dalam kuantiti yang terbatas.
Individu dengan jenis darah ini juga dianjurkan mengambil susu yang telah melalui proses penapaian seperti susu masam, krim tanpa lemak, keju alami, telur dari jenis organik atau ayam kampung (dalam jumlah terbatas), lemak (dalam jumlah terbatas, kekacang dan bijirin dan susu kacang soya.
Individu darah jenis ini perlu mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak.
Makanan yang harus dihindarkan adalah hidangan laut berwarna putih seperti ikan siakap putih, cumi-cumi, daging lembu, daging salai, susu, keju hasil olahan industri, kacang merah, roti, kuih-muih, kek, kentang, mangga, betik, jeruk, pisang, minyak jagung dan minyak kacang tanah.
Ciri khas individu jenis darah A:
• Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
• Perlu menghindari makanan yang daripada produk susu dan daging
• Dianjurkan menjadi vegetarian atau mengambil makanan berkadar karbohidrat tinggi, namun rendah lemak
• Mengurangkan stres dengan bermeditasi, atau berolahraga
• Cukup beristirehat
Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan: Air putih dicampur jus limau nipis dan oat
Snek: Jus anggur / kopi
Makan Tengah Hari: Salad dan roti gandum satu potong serta teh herba
Snek: Kuih beras dua potong dan teh hijau
Makan Malam: Pasta tanpa daging campur brokoli, yoghurt dan teh herba
Diet Untuk Golongan Darah 'B'
Berbeza dengan individu darah jenis A, individu darah jenis B lebih fleksibel.
Teori Dr. Peter J.D'Adamo menyarankan golongan jenis darah ini menghindari makanan beku atau makanan dalam tin manakala sangat menganjurkan makanan berasaskan susu yang memiliki kandungan karbohidrat yang tinggi.
Ciri khas golongan darah B:
• Dianjurkan untuk melakukan diet dengan berbagai-bagai variasi makanan, namun perlu menghadkan pengambilan daging.
• Disarankan mengambil makanan dan minuman berasaskan susu untuk meningkatkan sistem imunisasi badan.
• Olahraga yang sesuai dilakukan adalah berenang, bermain tenis, berjalan kaki dan bermeditasi.
• Untuk mengatasi stres, disarankan memiliki hobi dan aktiviti berasaskan kreativiti.
Pemilik golongan darah B sangat mudah terhadap penyakit berkaitan imunisasi dan serangan virus, mereka disarankan agar mengambil sayuran hijau yang kaya magnesium dalam kuantiti yang banyak.
Makanan yang dianjurkan adalah daging lembu, kambing kibas, arnab, ikan laut, semua produk susu kecuali 'blue chesse' dan aiskrim, telur ayam organik dan ayam kampung, minyak zaitun, beras merah, beras putih, makanan berasaskan beras dan buah-buahan.
Manakala makanan yang perlu dikurangkan pengambilannya adalah ayam, ketam, udang, kerang-kerangan, telur puyuh, telur itik, minyak bijan, minyak jagung, minyak biji matahari, minyak kacang tanah, minyak soya, kelapa, santan, soya, kacang tanah, biji bunga matahari, biji labu, bijan, kacang pistacio, tempe, tauhu, kacang merah, makanan berasaskan gandum, mi segera, beras pulut, jagung, lobak, tomato dan jagung.
Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan: Bijirin dan buah pisang beserta segelas susu tanpa lemak
Snek: Jus anggur
Makan Tengahari: Sepotong dada ayam dan dua potong roti beserta salad dan teh herba
Snek: Jus limau/yogurt dan teh herba
Makan Malam: Sepotong ikan salai, sayur rebus, buah-buahan segar dan teh herba
Diet Untuk Golongan Darah 'AB'
Pola makan pemilik golongan darah AB adalah gabungan antara pola makan golongan darah jenis A dan B.
Penyakit yang berisiko dijangkiti adalah sinus, infeksi telinga, dan gangguan saluran pernafasan.
Pengambilan jenis makanan yang dianjurkan adalah hidangan laut, semua jenis telur (kecuali telur itik), susu fermentasi (melalui proses penapaian), minyak zaitun, minyak kacang soya, minyak kacang tanah, kacang tanah, semua jenis sayuran kecuali jagung, taugeh dan cendawan dan semua jenis buah-buahan kecuali jeruk.
Golongan daripada jenis darah ini, harus menghadkan pengambilan daging lembu, udang dan ikan laut, susu dan semua produk susu serta daging yang diproses.
Makanan berasaskan kekacang pula perlu diambil dalam kuantiti sedikit.
Kurangkan pengambilan berasaskan gandum seperti roti, kek, kuih-muih dan pasta.
Ciri khas individu jenis darah AB:
• Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
• Disarankan untuk mengambil makanan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap
• Untuk lebih bertenaga olahraga pada setiap pagi digalakkan
Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan: Air limau nipis, jus anggur, roti dua potong beserta satu potong keju
Snek: Yogurt
Makan Tengahari: Dada ayam empat hirisan, salad, dua biji buah plum dan teh herba
Snek: Kek keju dan teh herba
Makan Malam: Omelet dan salad buah serta kopi
Diet Untuk Golongan Darah 'O'
Dr. Peter J.D'Adamo menyarankan agar pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susu dan gandum.
Beliau turut menyarankan agar pemilik darah jenis ini menghadkan pengambilan buah-buahan. Pemilik darah jenis O harus menghindari semua jenis bijirin, pasta dan nasi. Dr. Peter J.D'Adamo turut menyenaraikan jenis makanan yang perlu dihindar seperti sayur brokoli, sawi, taugeh, terung, cendawan, dan kentang.
Bagi pemilik darah jenis ini, telur, susu, gandum dan kekacang tidak diperlukan memandangkan tubuh telah mendapat khasiat daripada sumber daging.
Hindari jeruk kerana ia mampu mendatangkan keracunan usus kepada golongan darah jenis ini.
Ciri khas golongan darah O:
• Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain
• Mudah mengadaptasi berbagai makanan
• Untuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobik
• Dianjurkan untuk mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat, seperti daging, buah-buahan, ikan, sayuran
• Berisiko terkena radang dan kerosakan organ seperti arthritis jika makanan yang diambil tidak bersesuaian
Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan: Dua potong roti bakar lapis mentega dan sebiji pisang
Snek: Teh herba
Makan tengahari: Sepotong daging panggang, salad bayam dan epal
Snek: Sepotong kuih
Makan Malam: Sepotong daging lembu dan asparagus yang direbus, kentang rebus, buah-buahan dan teh herba
Hasil kajian yang dilakukan oleh Dr. Peter J.D'Adamo ini adalah suatu yang baru dan masih terdapat pertikaian daripada pakar pemakanan. Justeru, tidak melihat kepada jenis darah, apa yang lebih utama adalah mengamalkan pemakanan yang sihat.
Pemakanan sihat hakikatnya adalah mengenai memenuhi keperluan pemakanan harian dan pada masa yang sama, mengelakkan kekurangan atau berlebihan zat yang boleh menyumbang kepada risiko penyakit yang berkaitan dengan pemakanan tanpa mengira jenis darah individu.
Ia meliputi membuat keputusan yang bijak tentang apa jenis makanan yang harus dimakan dan bagaimana mengamalkan tabiat makan yang sihat.
Justeru, terpulanglah kepada anda sama ada ingin mengadaptasi saranan Dr. Peter J.D 'Adamo ataupun tidak.

kisah sejambak bunga

dalam 11 tahun usia perkahwinan kami, my hubby x pernah bg bunga walaupun sekuntum.. tetapi, I x pernah merungut ler, sbb I tau dia bukan jenis mamat bunga, bukan yang jenis romantik. I tahu dia mmg buzy tahap gaban ... tp smlm I mmg terkejut tetiba jer muncul depan pintu dengan sejambak bunga ros merah dan putih... wahhhhh betapa bahagianya rasa, betapa I rasa dihargai .. I rasa cukup bertuah. terima kasih abang, terima kasih atas segalanya.....

Monday 2 May 2011

this one from my jasmeen

walaupun comot, tetap cantik dan berharga buat mummy nyer..

birthday card from my daughter

terharu sesangat bila anak2 pagi2 lagi dah bg birthday card utk mummy. lagi bertambah terharu bila card2 tu dihasilkan dari kreativiti sendiri, hasil tangan diorang sendiri. betapa aku terasa di hargai disayangi oleh anak2. terima kasih Arissa Dania n Farrah Jasmeen. mummy sayang kakak n adik so much. u all adalah perkara yg terhebat yg pernah terjadi dlm hidup mummy.

de bella litchin

Kegemukan bukan semata mata kerana makanan, jadi jgn benci makanan. Punca sebenar adalah masalah metabolik yang rendah disebabkan oleh kekurangan hormone dan enzim. Itu petikan tulisan Dr Rushmini Marlis dalam Mingguan Malaysia. Jadi debella yg merupakan makanan kesihatan tambahan dalam bentuk enzim pastinya membantu mengatasi masalah metabolik. Apabila BMR meningkat, kita makan apa saja, tidak menjadi masalah lagi. Makan secara berterusan dalam kuantiti yang kecil akan membantu meningkat kadar metabolisme.

Debella set terdiri dari enzim dan fiber. Setiap kotak mengandungi 20 sachet berbentuk serbuk.

Cara mengambil debella litchin:
minum enzim 1 jam sebelum sarapan bagi bagi memastikan its readiness to work. paling cepat pun dalam 30 to 40 minit. Fiber pula diambil waktu malam sebelum tidur atau selepas makan malam.

Walaupun di kotak dinyatakan ambil enzim 2 x sehari , bagi set biasa, enzim hanya diambil 1x sahaja sehari. sekiranya ingin mengambil enzim 2 x sehari, kena beli 3 kotak iaitu 2 kotak enzim dan 1 kotak fiber (harga adalah RM435). Manakala set biasa adalah RM290 sahaja. Hanya 1 enzim pagi dan 1 fiber malam sebelum tidur.

masukkan 150 ml air (guna air dari peti sejuk, lagi sedap), bancuh, shake dan terus minum, sebelum ianya menjadi pekat. selepas tu, minum air kosong samada 1 atau 2 shaker.

Bagaimana litchin bekerja?
Enzim akan membantu meningkatkan kadar metabolisme dan penghadaman. badan memerlukan sumber tenaga dari makanan yang dimakan, di mana ianya akan dihadam dan ditukar kepada energy. sekiranya penghadaman tak baik, sebahagian makanan yang dimakan akan tersimpan sebagai lemak (fat).

Fiber pula berfungsi untuk flush out all the unwanted fat out of our body. segala toksin akan dikeluarkan dari badan. biasanya najis akan menjadi soft. ini adalah buah dan sayur mengandungi kandungan fiber yang tinggi bagi melancarkan pembuangan air.

Kenapa kena minum banyak air:
kita kena minum banyak air kerana enzim hanya aktif jika terdapat air. Air adalah sangat penting dalam proses penhadaman kerana badan terdiri dari 80% badan kita, air akan melancarkan penghadaman, air akan menyalur nutrient/khasiat ke seluruh badan, air akan mengeluarkan toksin dari badan dalam bentuk air kencing atau najis. Dalam kursus power of water dinasihatkan supaya dalam 5 minit pertama dari sewaktu bangun tidur, seeloknya kita meminum 4 gelas air suam dg perlahan lahan.

itu sebab air yang menjadikan enzim aktif dan seterusnya metabolisme tinggi. Tanpa air yg cukup, enzim tidak akan berfungsi dg baik. spt handphone, tidak dapat berfungsi sekiranya baterinya tidak dicaj. Syarat utama, adalah air. minum hingga 4-5 liter. cuba sukat jumlah air yang diminum. 1 juga besar adalah 2 liter =6 shaker.

selain air, jangan skip makan terutama sarapan pagi kerana badan memerlukan tenaga yg datang dari makanan yang dimakan. breakfast penting setelah kita berpuasa selama beberapa jam semasa tidur selepas our last meal. BMR (kadar pembakaran kalori sewaktu rehat/tidur) berada pada tahap rendah dan perlu dicaj bagi memberi tenaga untuk memulakan aktiviti baru.
Sarapan pagi sebolehnya ambil seimbang, mesti ada karbohidrat, proten dan vitamin.
cth: oat, wholemeal bread, eggs, skim milk, fruits and vege. bagi meningkat kan BMR, sebaiknya makan 5 to 6 makanan dalam jumlah yg sedikit tapi kerap dalam sehari. makan yg kerap menyebabkan badan sentiasa bekerja, penghadaman makanan yang sedikit jadi lebih sempurna, jadi BMR lebih tinggi. Analogy: Blender/pengisar makanan yang diisi terlalu banyak makanan dalam satu masa tidak dapat dikisar dengan baik berbanding dengan jumlah yg sedikit. Sekiranya tiada makanan, badan akan menukarkan kpd starvation mode yang akan merendahkan lagi BMR.

Kesan:
dalam sehari pun sebenarnya dpt tengok kesan penurunan hingga 400gram. Namun begitu, kesan yang lebih ketara boleh dilihat di dalam 10 hari di mana penurunan hingga 4kg tertakluk kepada jumlah air yang diminum. Body scanner sebaik diambil bagi membuktikan penurunan bukan saja berat badan tapi juga fat dan BMR. scanner sangat detail and accurate. can read our body fat, body water, viseral fat, BMR etc. jadi kalau ada customer kata tak berkesan, kita boleh buat perbandingan bacaan scanner sebelum dan selepas mengambil debella litchin.

Kenapa enzim:
Produk debella dari source buah dan sayuran dan disahkan oleh kementerian kesihatan. Tubuh kita ada enzim tapi as we are growing older, enzim dah berkurangan. buahan dan sayuran sangat kaya dg enzim tapi apa yang dimakan, tak memberikan badan kita enzim kerana ia telah musnah sebab cara dimasak dsb. dalam sehari kita perlu 5 serving of fruits and 5 serving of vegetables. jika kita tak mampu, kita perlu supplement spt debella. kerana dalam sehari, berapa biji buah kita sanggup makan?

de bella litchin

Apakah itu Mucoid (plak berlendir) : gabungan dipercayai berbahaya seperti lendir dan residu bahan makanan yang mereka katakan melapisi saluran pencernaan kebanyakan orang.

Anda dah dapat keluarkan ini dari saluran usus anda? Dengan LITCHIN fiber, Mucoid ini akan dapat dikeluarkan dan perut yang buncit akan menjadi kempis, kulit akan menjadi lebih tegang dan cerah. Anda akan lebih muda dari sebelumnya.
apabila anda membuang air besar, selepas seminggu, najis anda akan keluar seperti ini, jika anda tidak mengambil kabohidrat spt nasi sekurangnya 10 hari, makanan berlemak dan manis. Makan buah buahan dan sayuran tanpa salad, kekacang rebus, LITCHIN fiber melicinkan saluran usus anda, perut kempis dan usus sihat.

Thursday 21 April 2011

andai itu takdirnya

Cintamu sesegar embun pagi,
semakin resah menanti terbit mentari,
hangatnya yg membakar mengeringkan,
segala keindahan yg penuh kepalsuan.

tetiba aku jadi sebak, pilu, sayu,.. apabila kembali membaca novel andai itu takdirnya. walaupun buku nie, aku dah baca hampir 5 kali,.. tetap mengguris hatiku... sedih arrrr,.. ada sesiapa dah baca ker?? best tau.. thumb up lah siti rosmizah, the latest, Lafazkan Kalimah Cintamu,.. pun mengundang airmata, smp my hubby kata,.." sayang ni, klu baca buku ilmiah, nangis2 gitu ok jugak, nie baca novel nk nangis",.. alahaiiiiii,...mr hubby nie,..!!
yang paling aku x leh lupa dlm cerita nie, part kena rogol dgn husband sendiri... aduhaiiiii,.. kesian, after kena rogol tu, husband dia tinggalkan dia tepi jalan,.. iiissshhhhhh..
sedih arrrr,.. airmata x terkawal,

mencurah2..

kereta kesayanganku

sebenarnya, keta nie keta ni hubby belikan masa thn 2005. keta ni mmg byk problem dari enjin, aircond, tayar... semua lahhh, I pun x reti sgt.. bwk jew.. Tp yang I sedih sangat, hubby nk jual keta nie sbb x larat nk bayar maintanance,... I syg tau, keta nie selesa utk I n anak2 . tinggi, so I nmpk clear lah jln klu ada lopak ker, ujan ker,.. maklumlah, I ni pendek,..!
kdg2 tersentuh hati I bila hubby kata nk jual... dia nk beli keta lain, so I akan guna keta dia yg skrg nie dia pakai. I x kisah, tp.. keta nie still ada hutang lagi,.. nnt nk kena tambah hutang plak,.. I x suka lah hutang byk,.. nnt x sempat nk bayar tup2 dh x der kt dunia nie...
utk abg,.. klu nk jual boley, tp I x nak keta k



eta besar dah, nnt org kata I belagak. abg belikan kancil pun I dh syukur,.. klu MYvi ok gak... hihihihihi...

Wednesday 20 April 2011

Jaclyn Victor - Bertamu Di Kalbu

"Angsa Yang Budiman"

dalam semin

ggu yang lepas, anakandaku Jasmeen balik dari sekolah tetiba bgtau katanya nak masuk pertandingan bercerita. I pelik sbb dia bukan nyer suka masok aper2 pertandingan pun. mungkin semangat Dania ada jugak dalam diri Jasmeen. so, I pun dgn sedaya upaya mencari cerita yg sesuai utk dia. belek punya belek, cari punya cari,.. I dpt 1 cerita Angsa Yang Budiman. Dgn bersungguh2, Jasmeen pun menghafal teks tersebut. I pun cuba olah teks tu sesuai untuk dia. dlm masa 2 hari, dia hampir menghafal keseluruhan cerita tu, cuma mungkin perlu ditambahkan gaya penampilan , penyampaian dan kelancaran dlm berbahasa melayu. ( maklum lah tadika dulu sekolah omputih). Katanya, pertandingan tu pada 27 april nie, so dgn tekun, usaha yg gigih, I nmpk dia cuba utk menguasai cerita itu. I berasa amat bertuah kerana dikurniakan seorang anak yang begitu bersemangat walaupun hanya baru brumur 7 tahun.
Minggu seterusnya, hari persekolahan seperti biasa.bila tiba jam 6.00ptg, I dh sedia menunggu di depan pintu sekolah. ntah mcm mana, muka dia frust sgt. terdetik dlm hati I, tak kan dh bertanding kot hari nie baru 17hb. so, dgn perlahan2 I bertanya di dalam kereta. " naper sayang,?? Why u look so sad" suddenly, she cried. " mummy, that competition is over, it was last week on thursday" kesian anak mummy..

Tuesday 12 April 2011

puding roti

kengkawan semua,.. disebabkan ramai yg bertanya tentang resepi puding roti ini,.. maka,.. dgn seikhlas hati saya sertakan resepi nya disini....
10 keping roti gardenia disapu marjerin dan dipotong kecil2
1 tin susu cair dimasak bersama 1 tin air (tin yg sama)
- masak tidak terlalu panas.
10 biji telur di blender bersama secwn gula sehingga kembang
* satu kan ketiga2 adunan tadi, kacau perlahan2, masukkan kedlm acuan dan bakar
* sudah siap dibakar, taburkan kismis, cri merah hijau di atasnya mengikut selera sendiri

untuk custard nya pula
2 cwn susu kotak
2 sudu gula
2 sudu tepung bird custard
*masak di ats api perlahan, di kacau sehingga pekat.
selamat mencuba...!!!!

Thursday 7 April 2011

gila vantage

hmm.. ada member kata, barang2 vantage nie, klu beli just nk bagi kenyang almari jer. tp.. betul jugak, beli mahal2, pakai hari2 ..sayang nyerrrr....!!

VANTAGE display item

yung nie mungkin aku nk beli sbb rega x smp rm50 pun. tp.. smp skrg,.. aku x beli2 lagi pun.. uhuk..uhuk...

VANTAGE

yang nie, aku rasa mcm nk beli, tp mahal sangat lah pulak... tp.// lawa kan????? hihihihihi

benda yg aku suka, tp, belum masa nya lagi utk aku mmbeli nya....

terlalu minat, suka sgt2 dgn barangan vantage, tp,.. buat masa skrang nie, aku x der satu pun collection tau.! anak2 masih kecik, lgpun aku x tau mana nk letak, susun dan atur. bimbang dan risau pun ada, beli mahal2,.. x pasal2 anak2 amik main,.. uwwwaaaaa... jadi utk memuaskan hati sendiri, dgn suka suki nya, aku pun upload gambo2 nie,...!! jagn marah yerrrr...

VANTAGE

yg nie pun x der yer jugakkkkkkk... uwwwaaaa...

VANTAGE

yang nie pun I teringin, nk kumpul set yg betul2,.. x mampu, sp,.. buat ms skrg nie,.. I kumpul gambo2 dulu ler yek...!!!

VANTAGE

sebenarnya,.. I x der pun set2 vantage nie,.. sajer suka suki jer,.. teringin nk beli, tp rs mcm x sampai ms lagi kot...!! anak2 kecik lagi..

Tuesday 5 April 2011

tinie

firstly, about my self....

tinie

testinggggggggggggggg...................

Saturday 2 April 2011

it's me... tinie..!!


 me n hubby
dania with her piano

Saturday 26 March 2011

sapa nk belajar bahasa melanau jommm...

saja nk try dulu,..
kau = aku
ken = awak
kamik = kami
ilaw = korang