Monday 7 May 2012

bab 9

“ eh lepaslahhhhh, asal plak nk dukung2 orang segala bagai ni” bentak ayu Armand tidak mempedulikan bentakkan ayu, malah dengan selamba armand terus menuju kereta, meletakkan ayu perlahan-lahan di tempat duduk besebelahan pemandu. Armand meluru ketempat pemandu, perlahan-lahan menukar gear lalu membelah kepekatan malam. Ayu diam tidak berkutik kerana berasa cuak dengan keadaan armand seperti marah padanya. “asal kau diam? Mulut dah kena sumbat ker? “ suara armand kedengaran membelah kesunyian di antara mereka. “ker suka aku dukung kau.” “erkkkk.. perasan lah awak nie, sapa yang nk dukung saya sangat td, saya kata saya boleh jalan, boleh lahhhh. Yang awak selamba badak dukung saya depan mama dan papa kenapa?” “eh cik adik, kau ingat aku suka sangat. Aku pun tak ingin nak dukung kau. Dan ler badan berat macam gajah, bila orang dukung, keras mcm kayu. Langsung tak romantic.” Armand meninggikan suaranya. ‘apa kes nak romantic pulak, awak tu jin Alfred, mana ada perasaan. Mana tau romantic-romantik nie. Lainlah saya, walaupun saya buta, tp hati saya bersih. Saya bukan jenis yang suka ambil kesempatan, tak macam awak” marah ayu “ahhh,. Sudah2, jangan nak puji diri sendiri kat sini, kang xpasal2 saya turunkan wak tepi jalan nie.” “turun lahhh, bukan takut pun. Klu saya balik jalan kaki, saya bgtau lah uncle dan aunty bahawa anak dia yg berbudi bahasa dan berakhlak mulia ni timggalkan saya tepi jalan. Sah –sah awak kena marah kaw2 dengan uncle zaidi. Padan muka awak…” Setelah memakirkan kereta di depan klinik, armand mmbuka pintu kereta lalu mencepung Ayu masuk kedalam klinik. “eh,.. turun kan saya, malu lah orang tengok tu..” ayu berkata separuh berbisik kerana orang agak ramai di klinik tersebut.armand diam, langsung tidak mempedulikan arahan ayu,.. dan ayu semakin meronta-ronta. “ baik kau diam, kalau tidak aku cium kau kat sini, nak?? Aku lagi suka” ayu cepat-cepat menutup mulutnya. “tau pun diam, asal kau takut aku cium kau,. Bukan ke kau suka di cium jin Alfred? Hahahhahahah” armand meledakkan tawanya. Sesampainya mereka di rumah setelah pulang dari klinik, ayu Cuma untuk berjalan sendiri kerana luka di kaki sudah dibalut.sebolehnya dia tidak mau didukung oleh armand lagi. Malunya hanya Allah sahaja yang tahu. Datin zakiah sudah menunggu di depan pintu. Armanda hanya mengekori ayu dari belakang.memerhati gerak kaki gadis itu yang terjengjet-jengket dan perlahan. “macam mana kaki tu ayu, soctor kata apa nak?” soal datin zakiah yang tidak sabar-sabar. “tak da apa-apa pun mama, sikit je. Cuma kena makan ubat tahan sakit dan antibiotic takut luka merebak dan membengkak. Mama tak payah risau yer,” kat ayu sambil melabuhkan punggungnya di atas sofa di ruang tamu. “ ha, Armand, mama dan papa armad dah balik tadi. Driver aunty tolong hantarkan,” kamu makan dulu lepas tu baru balik yer.” Pinta datin zakiah. “taka pa lah aunty, saya makan kat luar je, anty tak payah susah-susah. Lagipun dah agak lewat ni. Tadi ramai sangat orang kat klinik tu yang lambat tu,” terang Armand berjeda. “ishh kamu ni, makan je sini, kan dating sini nak dinner kan. Ayu ada masakkan ikan bawal kukus tu. Nanti unty suruh kak tijah siapkan.Ayu , temankan Armand makan yer nak. Ayu pun tak makan lagi tu. Jangan biar perut kosong, bahaya.” Terang datin zakiah lalu bergegas kedapur. “eh awak, kenapa tak balik balik lagi, tolak jer pelawaan mama saya tu. Buat apa duk sini lama-lama”sindir ayu. “orang dah tolong dia dah dikira baik tau, nasaib aku tak biarkan kau kat tepi jalan. Kalau tidak esok baru kau sampai rumah dengan kaki berjengket macam tu. Kau pun sendiri dengar kan, mama kau yang beria ajak aku makan. Aku dah tolak. Siap suruh kau teman lagi kan. “ tergang Armand separuh berbisik. Sebenarnya bukan dia minta dibalas jasanya yang membawa ayu ke klinik, tetapi sekadar ingin mengusik gadis itu. Padanya , ayu amat comel kalau marah. Dengan muka nya yang putih, meyerlahkan lagi keayuaannya lebih-lebih ketika marah kerana mukanya akan merah. “eh jin Alfred, awak jangan banyak songeh kat sini, lepas nie awak makan, terus balik jangan nak duduk kt sini lama-lama, rimas tau,” marah ayu. “well, kita tengok nanti. Tapi kau masih ada hutang dengan aku. Aku dah tolong kau. So upahnya, nanti aku mintak…” kata armand separuh bergurau “ kau memang jin Alfred kannnnn, tolong lansung tak ikhlas.” Kata ayu “mana ada benda free dalam dunia cik adik, “ kata armand sambil mencuit sedikit hidung ayu, suka sangat mengambil kesempatan. “ayu, temankan armand makan yer sayang, mama nak naik atas tengok papa kejap”. Datin zakiah tiba-tiba muncul di ruang tamu. Denagn malas ayu berjebgket-jengket kemeja makan, cuba beriak tenang, kerana tidak mahu terkena lagi denagn armand yang suka mengusik itu. Ketika sedang makan, matanya mula menjamah wajah armand. Bibir yg merah menandakan armand bukan kaki rokok, hidung armand yang mancung, menyerlahkan ketampanan nya. Mata arman yang hijau mengusik hati wanitanya. Kenapa tiba-tiba hatinya mula berdetik. Adakah aku jatuh cinta, bisiknya di dalam hati. Dengan pantas dia menepis perasaan itu. Dia takut untuk jatuh cinta, dia takut untuk jatuh cinta kembali kerana berasa pedih bila dilukai.

bab 8

“apa punya mamat miskin, kertas tisu jer dia bagi. “ rungut ayu, padahal dalam hatinya berbunga-bunga mendapat titipan dari insan yang bernama adam itu. “weh ayu, hansome ker mamat yang kau hempap semalam tu,” Tanya syakira “handsome arrr, tinggi siot, mata hijau.. tapi mulut cam longkang. Ada dia kata aku buta, muka aku yang mcm marian rivera nie dia kata buta… memmang tak patut sungguh.” Tanya ayu sambil menudingkan jari telunjuk ke muka nya sendiri. Perbualan tergangu apabila telefon bimbit ayu berbunyi. “yer mama, Ayu kt klcc nie, sajer window shopping dengan syakira, kenapa ma?” “ayu, balik awal yer nak , malam nanti uncle zaidi satu family nk dinner kt rumah kita. Sambil nak bincang pasal perkahwinan ayu dan armand.” Ujar datin zakiah, Gulp!!, Ayu menelan air liur. Secepat dan sepantas itu dia akan berkahwin…. “alah ma, mama dan papa je lah yang layan diorang yer, Ayu nk pegi spa lepas ni. Lepas tu nak tengok wayang dengan syakira. Kitorang nak tengok cerita the avengers.” Dalih ayu sambil tangan nya mencuit si syakirah. “ayu, jangan begitu sayang.. ayu sayang mama dan papa kan. Ayu tak kan malukan mama dan papa kan. Uncle zaidi n aunty aznah nak dtg dinner sayang. Sekaligus nk tengok bakal menantu dia. Bukan nak tengok mama dam papa ni.” ‘ermmmm, ma, armand dating sekali ker?” tanya ayu tergagap-gagap. “itu mama x pasti, mungkin datang mungkin tidak…” balas dati zakiah “ok lah ma, ayu cuba yer..” “ayu, balik awal tau, ayu tolong mama buat pavlova nie. Lama tak rasa pavlova buatan ayu. Bahan-bahan semua dah ada, tinggal nak buat je lagi. Ayu balik sekarang yer. Mama dah lama tak makan pavlova ayu. Dah kecur air liur mama ni sayang. Ayu balik awal yer.” Pinta si ibu kepada si anak agar si anak lembut hati…. “ok lah mama sayanggg. Pandai mama pujuk ayu kan, bye ma, jumpa kat rumah yer” ayu bernada manja mengakhiri perbualan bersama mamanya. Ayu menoleh ke kiri pabila melihat syakira sudah berada di butik MANGGO. “beb, aku kena blah dulu, mama aku suruh balik. Family future husband aku nak dinner kat rumah malam ni. Permintaan mama aku, aku kena ada. Bosan lahhhhh.” Keluh ayu. “ kau tak baik ckp macam tu ayu. Nasib kau baik sebab kau ada mama. Kau tengok aku ni ha, dari kecik sampai ke besar nenek aku yang bela aku tau. Aku tak sempatr nak kenal mak dan ayah aku ayu.aku tak sempat berbakti untuk diorang. Selagi hayat dikandung badan, selagi kau mampu, kau bahagiakanlah mama dam papa kau ayu. Besar pahalanya.” Nasihat syakira. ‘thanks beb, kau lah sahabat aku dunia akhirat. Aku chow dulu yer.” Kata ayu sambil memeluk syakirah. Saykirah berbisik di telinga nipis ayu. “ kau tak sabar nak jumpa future husband kau yer”syakirah bergurau. Tidak semena-mena, perut syakirah dicubit ayu. “aduh sakit kau mak lampir”.. jerit syakirah. Kedua sahabat itu berpisah disitu. Setelah mandi dan menunaikan solat maghrib, ayu bersiap seadanya sahaja. Skrit kembang berwarna pink dipadankan dengan blouse berwarna putih menjadi pilihan ayu. Dipadankan dengan selendang brbunga pink dililit seperti Yuna di kepalanya. Ayu kelihatan amat cantik sekali. Wajahnya yg putih tanpa sebiji jerawat pun menyerlahkan lagi keayuannya. Setelah lengkap perpakaian ayu turun kedapur untuk membantu kak tijah menyediakan makanan. Ketika di dapur ayu mendengar orang memberi salam. “ lama tak jumpa tan sri, apa khabar sekarang? “ Tanya dato zakri sambil memeluk bakal besannya itu. “apa ni Zack, bertan sri-tan sri pulak. Kita dah kawan lama, tak lama lagi nak berbesan. Panggil nama cukup lah” tukas tan sri zaidi. “hhhahahhaha,.. aku dah terbiasalah Di. Jom kita masuk. Ayu ada kt dapur tengah tolong tijah sediakan makanan. Eh sayang, ajak lah bakal besan tu kedalam, kenapa lahh berbual kat sini lagi. “ujar dato zakri kepada datin zakiah bila melihat datin zakiah dan datin sri aznah berbual sambil melihat pokok orkidnya di taman yang diterangi cahaya lampu neon. “hello young man. How are you.? Hows business?” soal dato zakri sambil menepuk –nepuk bahu Armand. Armand tersenyum sambil menjawab, “ok uncle, Cuma sekarang busy sikit dengan tender dari kerajaan pusat “ “hello, kerja tu kerja jugak. Life kena ada. Janagn esok bila dah kahwin, isteri merungut selalu ditinggalkan suami. Bila dah kahwin, spend time with your wife” Muka Armand merah menyala bila diusik begitu. Mereka berjalan menuju ke meja makan. “ uncle, Armand nk ke tandas. Kat mana yer uncle?” “armand guna tandas yang bawah ni lah, dekat dapur tu. Ayu ada kat situ. Pergilah Armand berjalan perlahan menuju kedapur, sesampainya dia di dapur. Dia terlihat sebatang tubuh berdiri membelakanginya yang asyik dengan menyusun cawan di dalam dulang. “ ehemmmm..” armand berdehem Sepantas kilat ayu menoleh, dengan tiba-tiba cawan yang berada ditanganya jatuh dan pecah di atas lantai. “apa awak buat kat sini” Tanya ayu terkejut sambil jari runcingnya cuba mencapai kaca cawan yang pepcah tadi “ayu, hati-hati. Nanti luka jari awak” jerit armand dan dia cuba menghampiri ayu. Ayu cuba lari tetapi malang kakinya terpijak kaca yang bertaburan di atas lantai. “ouuucchhhhhhhhhhhhhhh, aduhhhhhh” ayu terduduk, darah mula keluar dari tapak kakinya. Ayu cuba bangun, tapi tidak terdaya kerana sakit kakinya melebihi segala galanya. Armand cuba menrpa ingin menolong , dengn pantas ayu menepis pegangan tangan armand itu. Datni zakiah bergegas kedapur bila mendengar jeritan ayu. “kenapa sayang?” Tanya datin zakiah “kaki ayu luka aunty, terpijak kaca tu” jawab Armand “eh,.. sibuk jer, mama aku tanya aku lah bukan kau. Yang kau nak ambil kesempatan tu kenapa?” jawab ayu marah “ayu, tak baik cakap macam tu dengan tetamu. Armand nak tolong ayu, bukan nak buat apa-apa pun.” kata datin zakiah “aunty, luka ayu ni rasanya dalam aunty, darah makin byk kt atas tisu tu. Biar saya bawak dia ke klinik ya aunty.” Armand meminta izin. Di hatinya , inilah masa untuk aku berdua bersama ayu aku tak puas lagi menatap wajah ayu yang comel tu. “yerlah armand, bawak ayu ke klinik depan tu, dekat jer dari rumah aunty nie ha. Ayu boleh jalan tak?” Tanya datin zakiah bila terpandang dahi ayu berkerut kerut menahan sakit. Ayu cuba berdiri, tetapi malangnya, dia gagal mengimbangi badan nya dek kerana kaki nya yg sakit itu. Armand dengan pantas mencepung tubuh kecil molek ayu dan dibawa keluar dari dapur. Semua senyap dan terkejut melihat perlakuan armand yang spontan dan tanpa segan silu itu. Melintasi meja makan, dato zakri berpandangan sesame sendiri degan tan sri zaidi. Pandangannya beralih kepada datin zakiah meminta penjelasan, datin zakiah tersenyum lebar.

bab 7 ( combination Nurul Zahinida n kak limah )

“ asyraf, aku .. aku.. ermmm.. lagi sebulan aku akan kahwin dengan ayu. Tadi aku call dia kt office. Aku saja gertak dia, tak sangka pulak dia melawan. Aku jadi geram, aku bgtau papa aku, aku nak kahwin dalam masa sebulan. Aduhhhh,. Parah dah aku nie” “ hahahhahaha,.. rilek lah bro. kahwin jer lahhhh. Free, apa susah nyer. Ayu tu sure cantik, sesuai dengan nama dia ayu” “hello, aku nie tengok pun belum tau muka minah tu. Dibuatnyer muka minah tu senget ker, juling ke .. tak ke naya aku. Aku tak pernanh tengok muka dia, tak pernah kenal dia, tak pernah tahu hati budi dia. Macam mana aku nak kahwin.” Perbualan mereka terhenti tatkala pelayan restoran itu, menghantar makanan. Nasi putih bersama ikan bawal goreng dan sayur kalian ikan masin menjadi pilihan armand tengah hari itu. Perutnya yang hanya di isi sekeping roti bakar di rumah mamanya pagi tadi berbunyi minta di isi. Ini disebabkan arahan papanya untuk menelefon dan berkenalan dengan ayu. Bengang dan marah terpaksa disorokkan kerana takut hati tua papanya terusik dengan tindakkan nya. Hanya papa dan mama tempat dia menumpang kasih kerana umi telah lama meninggalkan dia. Teringat kata-kata papa pagi tadi. “armand, papa pilih yang terbaik untuk armad. Ayu adalah seorang gadis yang bijak , berpendidikan tinggi, dan menghormati orang tua.” Itu kata-kata papa pagi tadi. kenapa dia rasa ada kekurangan di situ. Ingn saja rasa dihati untuk bertanya “cantik ke ayu tu papa” tetapi pertanyaan hanya di dalam hati kerana takut digelakkan oleh papanya. Hairan rasa dihati kerana papa tidak menyebut akan kecantikkan ayu. Dibuatnya si ayu tu bermulut senget,.. mampus aku..!!!! “hello bro, tak kan berangan naik pelamin dah kut” lamunan terhenti bila mendengar suara ashraf separuh menjerit. “ish kau nie, agak – agaklah. Belum apa-apa dah nk berangan. Tak da maknanyer bro. aku Cuma risau dibuat nya si ayu tu tak cantik macam mana bro? “ “armand, kalau cantik pun, tapi x setia buat apa. Kau dah ada pengalaman ditinggalkan Adeline masa kau di Uk dulu kan. Kau ditinggalkan sebab lelaki mat salih. Adeline tu semua pakej ada. Cantik, tinggi, body memang cun. Tapi, lastly kau yang merana bro. biar tak cantik, biar x lawa, asalkan milik kau yang kekal”.. ujar asyraf mengingati, Teringat kenangan bersama Adeline semasa mereka bersama menuntut di luar Negara. Adeline , gadis lincah yg menambat hati armand. Gadis kacukan belanda dan melayu singapura itu betul2 membuatkan hati armand terasa senang mendampinginya. Usia perkenalan hamper mencecah 3 tahun terpaksa terkubur begitu sahaja atas alasan armand terlalu kaku dlam bercinta menyebabkan Adeline memilih jejaka mat saleh sbg pilihan hati. Dikatakan jejaka itu teramat romantic sehingga boleh menyebabkan Adeline terpikat padanya.Nur Adeline Van bt Taufik iskandar. Nama yang masih tersemat di dalam hati armand. Terlalu sukar untuk melenyapkan nama itu sehinggakan Armand pernah sekali tersungkur di dalam peperiksaan nya. Dia terpaksa menangguhkan kepulangannya ke tanah air untuk mengambil sekali lagi peperiksaan yang terkandas. Alahmdulillah, berkat usahanya dan pertolongan kawan-kawan, Armand Berjaya. Mampukah Ayu memiliki hati Armand? Armand bahagia? Mampukah dia mencintai gadis itu? Ayu mengacau perlahan mint tea yang baru dipesan dari waiter starbucks sebentar tadi. Telinganya terngiang ngiang setiap perkataan yang terkeluar dari mulut armand. Dia mengeluh perlahan. Macam mane la lepas berkahwin nanti, takkan la nak bergaduh hari hari. Boleh sakit mental kalau macam ni. Mulut dah la macam longkang. Sesak nafas aku weyyyy!!!! “hahh!!!”, sergah syakira “oii mulut kau macam longkang!!!”, terkejut ayu apabila disergah oleh sahabat baikknya syakira. “ko ni kan aku curah air kat kepala ko nanti kau tau. Bagi la salam ke hape ke. lemah jantung aku ni tau. Nak suruh aku mati cepat ke?”, marah ayu sambil mengurut dada. Kelihatan ade pengunjung di situ tertoleh toleh ke arah mereka kerana jeritan ayu yang mengalahkan bini tarzan tu sangat didengari oleh mereka. “kau tengok! Semua orang pandang aku, malu la!”, marah ayu. Syakira ketawa terkekek kekek melihat perubahan muka ayu. Sekejap putih sekejap merah dah macam sesumpah je kawan aku ni. “cik kak.. aku dah bagi salam 3 kali tau tapi kau tu berangan dah sampai planet mane?” Ayu masih lagi dengan wajah kelatnya. “Kira, aku…aku…”, “ko ni kenape, aku aku…meh aku tepok sket dahi kau ni bagi elok sket” “tudung mahal ni…. Suke suke hati je nak tepuk” “ok2, sorry…kenapa dengan kau ni… kau call aku tadi cakap ade benda nak cerita.. ade masalah dunia yang ko nak beritahu.. so???” “papa aku suruh kahwin”, Syakira mengangkat kening sambil tersenyum mendengar ayat yang dituturkan oleh ayu. “lah… kahwin je pon… Untung la papa ko suruh kahwin. Aku ni berjanggut dok tunggu Borhan tu pinang aku” “masalahnya aku tak suka, tak kenal dengan mamat psyco tu. Ade ke dia call aku pagi tadi panggil aku minah tangkat muat. Lepas cakap macam aku ni kemarauk sangat nak kahwin dengan dia… bapak perasan mamat tu….owhh please la” “jap..tadi kau cakap kau tak kenal mamat tu so macam mane lak boleh nak terkahwin?” “mamat psyco tu anak pada uncle zaidi la… best friend papa aku” “owh.. so ni macam kene kahwin paksa la…OMG… so sweet” “so sweet ko cakap… kau ni biul ke hape??? Kau nak sangat kahwin kan… dengan rela hati ko beli gantikan aku” “wooo….sabar la ayu…abis tu my beloved Borhan aku nak campak kat mana???” “tau pun kau kan…bila kena kat aku banyak la ko punye sweet ye” “kahwin free babe… sape pon nak….dan tentu tentu nanti papa ko sponsor… lagi mau pening kepala. Papa kau mesti pilih yang terbaekkk dari lading untuk dibuat menantu… takkan dia nak pilih sebarangan orang nanti jadi hantu pulak, dan juga pilihan makbapak ni berkat tau, bahagia sampai mati, fikir fikirkan la dan selamat beramal”, ujar syakira sambil tersenyum mempamerkan giginya yang tersusun cantik. Ayu mengeluh lagi. Dia ni buat iklan colgate depan aku lak. Ayu tersenyum. “dah la…penat la nak fikir. Jom teman aku buat therapy…” “bukan last week ko dah buat ke?” “aku tengah kusut ni….ko jangan la bebel macam makcik2 lak” “hurmmmm…. Kaya la taukeh butik LV kat klcc ni klu ade loyal custermer macam kau kan…” “tau takpe”. Ayu dan Syakira menghabiskan minuman masing2 sambil ketawa. Ayu mengenali Syakira dari zaman sekolah lagi hingga melanjutkan pelajaran di university yang sama. Mereka macam belangkas. Ke mana mana pon berdua. Tapi akibat kekangan masa dan selalu sibuk dengan kerja di pejabat mengakibatkan waktu lepak mereka agak terbatas. iba tiba, “cik…cik”, seorang waiter dari starbucks memanggil mereka dari arah belakang ketika mereka hendak pegi dari situ. “panggil saya ke?” Tanya ayu. Syakira kelihatan hanya terpinga pinga. “sorry cik, tadi ade seorang lelaki suruh bagi kertas ni kat cik”, ayu memandang ke arah starbucks itu. “lelaki mana?”, Waiter itu turut berpaling ke belakang. La mana pulak mamat tadi kejap ade kejap xde. Dah macam chipsmore. “alamak cik.. tadi dia ade dekat kaunter tu” “dik… hensem ke?”, soal syakira sambil tersengih sengih. Dah macam kerang busuk pun ye gak. “hensem gile kak… tak tipu punye…ok la kak supervisor saya dah panggil tu” Dengan perlahan ayu membuka kertas itu… Makan pisang sambil berdiri, Sambil makan terkenang masa lalu, Sungguh berharap tuan puteri sudi , Bolehkah ku tahu nama kamu. From, Mangsa yang kene hempap dengan awak kat depan toilet. Hehehe… Adam 019 4484488 (kol tau…jgn buang..sian la kt saya ni) Syakira pelik melihat wajah ayu yang merah merah seperti menahan malu sewaktu membaca kertas itu. Lantas dia pon mengambil kertas dari ayu. Ayu tersentak. Selepas membaca pantun ala2 budak tadika punye standard , Syakira meledakkan tawanya dengan kuat.

bab 6

“cik ayu, ada panggilan” kedengaran suara lili dari intercom “dari siapa, lili” Tanya ayu “tak pasti cik ayu, katanya dari orang yang cik ayu betul-betul nak kenal” “okey, sambungkan” “hello, ayu here. May I know who’s there” “hello, minah tangkap muat. Asal kau terima pinangan papa aku hah. Kau memang dah kemaruk nak kahwin kan” kedengaran suara adam armand sedikit tinggi di hujung talian. “hello, encik. Kau yang telefon aku, tapi budi bahasa kau macam budak sekolah rendah. Katanya kau baru balik buat master. Apasal aku dengar macam budak tadika jer. Ke kau punya master tu papa kau yang beli” ujar ayu marah. “ helloooooo, kau jangan nk ubah tajuk ok. Sekarang aku nak kau tolak pinangan papa aku. Kau cakap je kau dah ada pilihan lain. Aku rasa kau mesti ada kekasih hati kan. Buat apa kau nak kahwin dengan aku. Selera aku bukan budak hingusan macam kau. “ “ehhh, sombongnya mamat ni” desis hati ayu “eh, apasal pulak aku yang kena tolak pulak. Bukan ke kau yang tak nak budak hingusan macam aku ni. Dia yang buat pasal, aku pulak nk kena cover. Tolog skit.” “ohhh ok,.. maksudnya kau memang nak kahwin dengan aku lah yer. Tak per, kau tahu lah nanti. Aku lelaki kau perempuan . so kau kena ikut cakap aku. Baiklah, kita kahwin sebulan dari sekarang. Sekarang juga aku beritahu papa aku tentang rancangan ni. Kau jangan membantah. Kau yang nk kahwin sangat kan. Lepas tu, kau tahu lah nasib kau macam mana” tegas adam armand menyampaikan hasrat hati nya walaupun niat dihati hanya untuk menakutkan Ayu. “whatever”.. lantas ayu meletakkan gagang telefon “gila kea pa menantu yang papa pilih ni. Macam tak betul je aku dengar. Hmmm… nasib kau lah ayu.” Ayu termenung seketika emngingatkan mamat mata hijau yang dilanggarnya semalamnya. “Mamat tu memang handsome. Tapi macam x cukup akal pulak aku tengok. “ ayu tersenyum sendiri bila teringat peristiwa semalam. Tetapi senyuman ayu terhenti bila papanya, dato zikri menerpa masuk ke biliknya “ayu dah bincang dengan armand ke pasal perkahwinan yang papa aturkan untuk ay utu. Tadi tan sri zaidi call papa, katanya armand dan ayu dah bincang nak kahwin dalam masa sebulan dari sekarang.” Ujar dato zaidi Gulppppp…………. Muka ayu merah serta merta. Biar betul mamat sewel nie. Ingat kan dia main-main je. Alamak, betul ke ni.?? “ayu, papa bercakap dengan ayu ni, kita buat dalam masa sebulan ya nak. Tak sabar papa nak tengok ayu kahwin sebelum papa tutup mata” Terkejut ayu mendengar luahan dari papanya, ayu tahu papanya mengidap sakit jantung. Kerana itu ayu tidak pernah meninggikan suaranya malah cuba untuk tidak menaikkan kemarahan papanya.ayu menghampiri dato’ zaidi lantas memeluknya. “papa, ayu sayang papa. Ayu ikut apa yang papa rasa terbaik untuk ayu. Papalah insan yang paling ayu sayang selain mama” airmata mengalir di pipi ayu merlisa pantas diseka papanya. “kan dah nak jadi isteri orang, ayu kena sayang suami ayu jugak. Ayu kena patuh pada suami ayu. Bila dah kahwin, syuga ayu di bawah tapak kaki suami ayu. Ayu kena ingat tu” “ papa, macam mana armand tahu no telefon pejabat ayu, tadi dia call pejabat ayu” dengn hairan ayu bertanya. “ hmmmmmm… entah lahhhh, mesti dia cari sendiri sebab dia nak bercakap dengan bakal isteri dia” tukas dato zaidi, padahal dia tahu yang memberi no telefon itu adalah tan sri zaidi kerana tan sri zaidi memaksa armand untuk menghubungi ayu. Dato zaidi hanya memaninkan perasan untuk memuji armand di depan ayu agar ayu lebih kagum pada armand. “ oklah, papa banyak nak kerja nak buat, papa masuk bilik papa dulu yer. Ayu siapkan kerja ayu cepat-cepat sebab nanti ayu nk cuti panjang untuk persiapan perkahwinan ayu. “ ujar dato’ zaidi sambil megusap bahu anak dara nya yang seorg itu. Betapa kasihnya tertumpah hanya pada zaara ayu merlisa. Satu satunyya darah dagingnya. Anak dari rahim isteri yang dicintainya, zakiah. Teringat ketika zakiah mengandungkan ayu suatu masa dahulu walaupun sudah berkahwin lebih 5 tahun,.. zakiah masih belum hamil. Sehingga mereka nekad untuk mengambil anak angkat tetapi dato’ zaidi tegas mahukan zuriat sendiri. Pernah sekali zakiah menyuruh zaidi berkahwin lagi satu untuk mendapatkan anak, tetapi zaidi menolak dengan keras kerana cintanya pada zakiah amat unggul. Sayangnya pada zakiah, tiada tandingan. Masuk tahun ke 6 perkahwinan mereka, zakiah disahkan hamil itupun setelah 3 kali mereka berdoa di jabal rahmah ketika mengejakan umrah. Ayu adalah satu satunya permintan mereka di sana. Betapa gembiranya hati pasangan itu bila dikurniakan cahaya mata yamg comel, putih gebu seperti kulit zakiah sendiri yang ada kacukan Filipina dari sebelah ayahnya. Diwaktu kecil ayu, ayu adalah puteri di hati pasangan itu. Tiada satupun permintaan ayu yang dibantah. Anak manja , itulah gelaran terbaik buat zaara ayu merlisa.

Saturday 5 May 2012

bab 5 (by lizawati)

Arman memandu keretanya dgn perlahan...gambaran peristiwa di terlanggar awek pg td menjelma kembali...perghh cun jugak awek tu, apasal aku asyik teringatkannya. Padahal bkn x pernah aku jumpa perempuan. Kat luar negara melambak2 perempuan, sedangkan perempuan yg berbogelpon aku dah pandang tapi jantung tak pernah pula nak bergetar hebat macam ni..agaknya jantung aku ni dah x sehat balik kott..tapi rasa2nya pembedahan yg dilakukan sewaktu kecil dl amat berjaya..Arghhhh malaslah nak layan pomp garang macam tu..syuh...syuhhh g jauh2...yg ptg skb kije..kije dan kije..sampai je di restoran yg dijanjikan kelihatan asyraff sudah menunggu..Mereka duduk di satu tempat yg jkelihatan tersorok dr pndgn ramai..Asyraf menghayun tgnnya memanggil pelayan "Woit bro...awalnya lu sampai.." "Assalamualaikumlah, apani kata org islam pgl woi2..aku ada nama okay nama aku Asyraf the most bachelour person in this malaya" "Adui!!!!waiter2 plz amikkan saya baldi ke besen ke, sy naktadah muntah hijau saya ni..BLUWEKKKKKKKK!!!!!!waiter yg ngin mengambil order tersenyum manis memandang Armad.."apasal ni cik adik sayang tenung2 abg ni..abg hensem ye macam Jung soo ke??sbnrnya kehenseman abg ni memg sejak azali tau...cuba try tgk mata abg yg warna hijau ni..this is real okay bkn abg guna konteks len" kalau cik adik rasa tertawan silalah masuk meminang tapi hantaran agak mahal..bkn sng nak dapat hero mata hijau cam abg ni"Armand mengusik pelayan itu .. "dahlah Armand jgn nak menggatal jee ko nak makan apa ni? aku dah naik kematu punggung tunggu kau..dah sampai leh lg kau mengurat pelayan kat sini pula.Tadi kata ada hal penting yg nak kau bincangkan dgn aku." "Bagi saya lamb chop 2 sets okay dear..air fresh orange satu and for my friend u just give him sky juice sbb dia ni memg suka pergi sky..hahah almaklumlah pilot..." "Xpayahlah dik abg nak fresh orange juga..Xpayah dilayan mamat mata hijau ni karang mengamuk terus bertukar jadi incredible hulk..huh!!!"pelayan itu berlalu pergi setelah mendapat pesanan "apa kes kau bro, td aku call kata tensen..ceciter" "my father srh aku kawenlah" "hah kawen??dgn sape?"awek mana? aku knl x?" "akupon x knl kau lg mau tanya.aku rasa cam nak mati dgr ayat kawen2 ni..kau pon tahukan sejak aku putus dgn serene dl mana pernah aku ada awek..aku sayang punyalah separuh nyawa last2 dia tglkan aku sbb lelaki yg lebih kaya..Arghh pomp semua samalah..pisau cukur" "si serene tu memg dr dl dah aku tau pisau cukur..tapi kau jugak yg rela dicukur...bila aku nasihat kau cakap..xpalah dia bkn cukur org lain pakwe dia jugak."kata Asyraff sambil membuat gaya mencukur jambangnya.. "Siot kau bro" kurg asam.. "pssttt..pelayan sampai tu.." "En..ni maknan2 encik dan ini minumannya ye..silalah makan n plzz enjoy ur food" mereka menikmati makanan sambil meneruskan perbualan.. "Kau tahu asyraff pg td ada awek landing atas dada aku, awek cun bro..bergetar2 jantung aku ni menatap muka awek tu..dahlah lawa , hidung dia kulit dia semua lawa" "terhempap depan dgn depan ke..pergh!!!!rezeki tu bro..bestnyaa hahahahhaha" "Kepala hotak kau rezeki..awek garang nak mampos!!!aku rasa hantu kak limah tupon lg lembut dr dia Tapi kalau bab cantik memg x dinafikan dia memg cantik bro, tergoda aku sekejap." "argh! tapi bila fikir aku nak kene kawen terus xder mood lah..xkan nak kawen umur aku br 31 lom ready lglah" "Bro pada pendapat aku better kau ikut je kata mak ayah kau tu, yelah...xkan nak jd anak derhaka pulak..lgpon kau sorang je anak diaorg ..Parents kau pon bkn muda lg..diaorg nakkan cucu tu agaknya...dapat kawen pergh!!best2..kalau akulah yg dapat hari2 aku usaha..Usaha utk menambahkan umat nabi..disamping mendapat pahala dapat anak jugak. Amacam best tak cdgn aku ni bro. "Entahlah asyraff aku ni nak kkawen nak juga memilih xkan nak serkap jee kalau x selera macam mana.eeeeeee x maulah aku..." "yang ptg sekarang kau ikut je kata parents kau tu...cinta tu nanti2 datanglah...kita knl hati budi dl..x salah kan??" "tengoklah macam mana nanti..dahlah makanlah asik berborak ajee hai...nak kene kawen..nak kene kawen..malasnyaaaa!!!!!'

bab 4 (by nurul zahidina)

Ape papa ni, Adam tak ada suruh pon papa kirim salam kt perempuan tu!”. Adam Armand kelihatan resah apabila memikirkan pemintaan papanya yang satu itu. “Adam, tak baik tau cakap macam tu. Nama dia kan Ay…”, belum sempat puan sri aznah bercakap Adam Armand mencelah. “Mama, please… Adam tak mau tahu apa pun pasal dia. Not now or ever!’, bentak Adam Armand lagi. “nak tunggu Adam bercakap ngan dia sampai kiamat pon memang tak kan ade”, marah tan sri zaidi. “Adam tak ready lagi la nak kahwin-kahwin ni. Lagi pon adam baru je dapat tender dari Unlce Khalid. Adam nk focus dengan first baby adam ni dulu”. “kamu ni kan… suka buat papa sakit jantung tau. Ade je alasan. Kamu nak apa je papa bagi but this time papa nak adam ikut cakap papa. Uncle Khalid pon dah setuju.No more excuse n full stop!”. Tan sri zaidi terus berlalu ke bilik bacaannya. Adam Armand menahan perasaan geramnya. Nak melawan takut kene panah petir, tak pasal-pasal rentong lak muka aku yang hensem ni. Muka carik makan ni babe. Tapi kan… arghhhhhhhhhhhh!!! Tensionnya!!! Zaman sekarang ni masih lagi ade trend kahwin paksa ke? Ada la, aku la salah sorang mangsanya! “Adam sayang, tolong dengar cakap papa ya, mama tak suka la adam dengan papa gaduh-gaduh macam ni… “, pujuk puan sri aznah. “ala mama…”, ni yang lomah lutut bila mama buat muka sedih. Biar pun puan sri aznah sekadar mak tiri tapi kasih sayangnya melebihi mak kandung sendiri. Dulu memang Adam tak suke dengan puan sri aznah tp bile melihat layanan yang lembut dan sabar dengan segala kerenah kurang siumannya ,hatinya tergerak untuk menyayangi wanita itu setanding ibu kandungnya yang sudah pergi mengadap Ilahi.Ehh… rindu pulak kat umi…dah lama aku tak sedekahkan yassin kat umi. Ape punye anak la aku ni. “sorry mama, tengok la macam mana…adam fikir dulu ya”, pujuk adam. Puan sri aznah tersenyum lega. “erkkk mama… adam nak keluar jumpa asyraf ya”. “pukul berapa nak balik, nanti papa bising lagi mama tak campur tau”. “ala kejap je… lagipun esok kan Adam kerja, takkan nak balik lambat”. “yelah...tapi jangan bawak kereta tu laju sangat". “yes madam!!!”. Macam-macam perangai la si Adam ni, ujar puan sri aznah dalam hati. Hishhh.. lambat pulak si asyraf ni jawab call. Dah la guna caller ring tone lagu dangdut. Naik bernanah telinga ni. “uitt… apehal call” “Assalamualaikum” “wah wah… perli Nampak.. Waalaikumussalam. “nak kene ade hal baru boleh call ke?” “takde la bro…sensitive sangat kau ni…” “jom minum… tempat biase… kusut ni kepala aku” “apasal lak? “nanti aku cite la” “ok2…jumpa kat sana” Ape kena la papa ni. Aku baru nak enjoy. Baru 31 tahun, takkan nak kahwin. Punye la penat aku bersengkang mata selama sebulan nak siapkan proposal tender tu…alih-alih lepas tu kene fikir pasal nak kahwin. Tender??Iskhhh… sape ye minah yang langgar aku tadi…lupe pulak nama dia… kulit putih kemerah merahan, bibir kiut je, ada lesung pipit, alis lentik…lawonye…bukan senang dapat tengok anak dara orang dekat macam tu.Agak-agaknya rambut dia macam mana ya. Sekali pakai tudung la pulak. Tersengih sengih adam apabila teringat kisah pagi tadi. Gatal pulak mamat ni.

bab 3 ( by lizawati)

Di meja makan..kelihatan lauk kegemarannya..erm..ada lauk ayam masak merah, kari ikan , telor dadar, dan juga ikan masin..ini lauk mau bikin gemuk ni...hai badan nasiblah biar aku jd gemuk biar padan muka c armand tak sedar diri tu huh!!!teringat namapon dah menyampah inikan pulak nak kawen tapi kalau mamat JUNG ON tadi ok jugak...tetiba terkenang peristiwa pg td...aduh bestnya jatuh atas badan dia tadi..dahlah muka macam Jung soo..badan pula tegap..masih terasa hembusan nafas mamat sepet tadi... "termenung apa tu ayu..teringat kat armand ke?" Datin Zakiah bertanya sambil tersenyum sinis.. "mama!!!plzlah..mukapon ayu x pernah nmpk xkan nak teringat..aishh x hingin ayu nak teringat kat dia...ntah2 muka dia mcm Incredible Hulk yg dah bertukar jd mata hijau tu" "eh2...mana ayu tahu mata c armand tu warna hijau???haaaa ayu dah merisik dia ye...papa tau ayu mesti dah kenen2 kat dia kan. Papa betul2 suka dgn anak uncle Zaidi tu ayu..budaknya bkn shj kacak malahan berbudi bahasa dan bijak dlm bisness..bila Ayu dah kawen nanti bulehlah Ayu bekerjasama dgn dia. Kan bgs suami isteri bekerjasama.." "Xnaklah Ayu papa..dahlah siang Ayu nak mengadap muka dia ..mlmpon Ayu mengadap lg muka dia jemulah macam tu..dahlah Ayu x minat dgn dia..nak kawen tapi x suka macam mana agaknya ..alahai~~~peninglah ayu papa" "alahai ayu..dl papa dgn mamapon mana ada bercinta sebelom kawen..tapi bila dah kawen ni papa dah tak pandang dah org lain tau..dekat mata papa ni hanya ada mama jeee macam lagu Zakiah tu..Zakiah2..."mama tu dl konon2 macam ayulah tak suka dgn papa..benci konon tapi bila dah terkena buatan papa ni terus x leh nak lupa dah ..Hebat tak abg sayang??" "aish abg ni ke situ pulak dia..dahlah makan cepat..lg dilayan lagi menjadi2 org tua ni..melalut lalut plak dia..." "Sayang jgn cakap abg org tua tau..karang mlm karang org tua nilah yg sayang pujuk rayu ..hahahahahahaha" "papa!!!!apani Ayu ni bawah umur lagi tau..malulah!!!" muka ayu dah kemerah merahan mendgr ayat2 cinta dr papanya itu.. alahai ayu..ni ilmu ni... dahlah cepat makan.karang papa nak tgk maklumat projek tu..jumpa papa dalam bilik bacaan"